Thursday, September 25, 2008

Letter of Protest to NESC Pemuda

Lai Kee Kong (F0069411)
D0706 Sri Wangi Apt
Taman Tampoi Indah
81200 Johor Bahru


Pengerusi
Jawatankuasa Penyelian Pemilihan Nasional
Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Level 5 Menara PGRM
8 Jalan Pudu Ulu
56100 Kuala Lumpur 17 September 2008

Saudara,
Per: Bantahan Terhadap Pemilihan Pemuda Gerakan Johor yang di adakan pada 14 September 2008.

Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin membuat bantahan terhadap Pemilihan dan juga Persidangan Perwakilan Pemuda Gerakan Negeri Johor yang telah diadakan pada 14 September 2008.
Bantahan ini berteraskan perkara-perkara berikut:
1. Senarai nama perwakilan diragui.

Senarai nama perwakilan yang digunakan untuk persidangan dan pemilihan adalah berlainan. Senarai nama perwakilan pada hari pencalonan dan juga yang disemak oleh kami adalah bercanggah dengan yang digunakan untuk pemilihan.

Terdapat seorang wakil yang dibenarkan mendaftar untuk persidangan tetapi tidak dibenarkan untuk membuat pemilihan kerana namanya tidak tersenarai.

Pada hari pencalonan Sdr Ramon Yeo dari Bahagian Pasir Gudang telah ditolak pencalonan beliau diatas sebab penyokong yang bukan wakil. Setelah membuat semakkan, kami dapati penyokong tersebut adalah seorang Ketua Bahagian dan dengan tersendirinya adalah seorang wakil. ( Peraturan Pemilihan Pemuda PGRM 2008 3.2(b))

Ini menunjukkan senarai nama perwakilan di hari pencalonan dan juga yang disemak oleh kami adalah tidak tepat dan berkemungkinan mempunyai kesalahan-kesalahan lain yang lebih besar. Sdr Ramon Yeo juga telah kehilangan peluang untuk bertanding diatas kesilapan ini.

2. Persidangan and Pemilihan yang tidak mengikut peraturan

Persidangan dan Pemilihan Pemuda Gerakan Johor tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Pengerusi majlis dan agen pemilihan tidak dipilih sebelum pemilihan dijalankan. Pihak penyelia membuat keputusan bahawa penyelia-penyelia dari nasional di pilih sebagai agen pemilihan. Ini bercanggahkan dengan Peraturan Pemilihan Pemuda PGRM 2008 7.0(b) yang mengatakan agen pemilihan perlulah seorang yang layak mengundi pada persidangan Perwakilan tersebut. Pihak kami telah menghantar sekeping faks untuk melantik seorang agen pemilihan 24 jam sebelum pemilihan kepada pihak penyelia.

Perlantikkan Pengerusi majlis juga dicurigai kerana Sdr Hew Chin yang dilantik bukanlah seorang wakil ke Persidangan Perwakilan tersebut. Perlantikkan pengerusi majlis juga telah diadakan setelah pemilihan di jalankan. Ini bercanggah dengan peraturan dan juga agenda yang ditetapkan.

Keadaan kucar kacir dan huru hara di dewan pemilhan juga menyebabkan beberapa perwakilan tidak membuang undi. Pengurusan pemilihan tidak berjalan dengan lancar dan telah mengugatkan prisip demokrasi parti.

Salah seorang daripada pegawai pemilihan mempunyai kepentingan yang diragui dimana suami beliau diketahui umum menyebelahi salah sebuah pihak yang bertanding. Ketelusan pemilihan terjejas dengan kehadiran dan penglibatan pegawai pemilihan ini.


3. Lain-lain perkara berkaitan

Pada hari pencalonan, Sdr Koh Kian Siang dan juga Sdr Hew Chin telah menjadi penyelia. Mereka berdua adalah Ahli Jawatankuasa Pemuda Gerakan Johor dan mempunyai kepentingan yang diragui. Sepatutnya Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Nasional menghantar seorang penyelia yang tiada kepentingan untuk menyelia pencalonan pada hari tersebut. Dengan adanya dua orang penyelia yang berkepentingan di dalam Pemuda Gerakan Johor, ketelusan dan keadilan proses tersebut adalah terjejas terutamanya kepada Sdr Ramon Yeo.

Dengan ini, kami meminta Jawatankuasa Penyelian Pemilihan Nasional membuat penyiasatan terperinci dan telus untuk membaikpulihkan keadaan yang kini menurut perlembagaan adalah tidak sah terutama dengan wujudnya dua senarai nama perwakilan ditandatangani oleh Sdr Ho Saw Hoo yang telah digunakan pada pemilihan kali ini. Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera supaya Pemilihan Pemuda Nasional tidak terjejas pada bulan Oktober kelak.

Sekian, terima kasih.

SATU HATI


Yang benar,


Lai Kee Kong
0197507006

Sk Saudara Mah Siew Keong
Saudara Hoo Saw Ho
Saudara Dr Koh Tsu Koon

No comments: