Thursday, September 25, 2008

Letter Of Reminder

Lai Kee Kong (F0069411)
D0706 Sri Wangi Apt
Taman Tampoi Indah
81200 Johor Bahru

Pengerusi
Jawatankuasa Penyelian Pemilihan Nasional
Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Level 5 Menara PGRM
8 Jalan Pudu Ulu
56100 Kuala Lumpur 26 September 2008

Saudara,
Per: 1. Surat Peringatan
2. Bantahan Terhadap Pemilihan Pemuda Gerakan Johor yang di adakan pada 14 September 2008.
Merujuk kepada perkara di atas dan juga surat kami bertarikh 17 September 2008, kami ingin mengingatkan pihak saudara bahawa kami masih menunggu surat balas pihak saudara mengenai perkara tersebut.
Kami ingin memberitahu pihak saudara bahawa bantahan kami berasaskan kepada senarai perwakilan pemuda yang digunakan untuk pemeriksaan dan pendaftaran adalah berlainan dengan yang digunakan untuk mengundi. Selain daripada itu, terdapat beberapa masalah teknikal dengan cara Persidangan Perwakilan dan juga Pemilihan dijalankan.
Kami kesal dengan tindakbalas pihak saudara kepada perkara yang amat runcing ini kerana Perwakilan Pemuda Nasional akan di adakan tidak lama lagi dan perkara ini perlu di selesaikan sebelum itu. Implikasi sesebuah Pemilihan negeri yang tidak sah adalah besar dan berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan Pemilihan peringkat nasional.
Kami harap pihak saudara boleh memberi perhatian segera kepada bantahan kami sebelum kami membuat bantahan resmi menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.



Sekian, terima kasih.

SATU HATI


Yang benar,


Lai Kee Kong

Sk Saudara Mah Siew Keong
Saudara Ho Saw Hoo
Saudara Dr Koh Tsu Koon
Saudara Dr Chin Fook Weng

No comments: